MENU

Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis(1919)

Siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan pusat pentadbiran utama bagi negeri Pahang Darul Makmur.Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan Pegawai-Pegawai Pentadbir bagi Negeri Pahang, di tingkat atas.

Di tingkat bawah merupakan pejabat kutipan hasil dan perbendaharaan Kerajaan British.Dengan wujudnya jawatan Menteri Besar pada tahun 1952, Pejabat Menteri Besar Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditempatkan di bangunan ini.

Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955 bekas pusat pentadbiran ini dijadikan Pejabat Daerah Lipis sehingga tahun 2014. Sekarang bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Majlis Daerah Lipis.
 mdl mdl2mdl3

 

Rumah Bekas Kediaman Setiausaha Kerajaan Pahang(1920)

Siap dibina pada tahun 1920 rumah ini terletak di atas Bukit Bius.Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilahirkan serta dibesarkan di rumah ini.Ayah beliau, allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato'  Hussien, pernah mendiami rumah ini ketika beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.Bangunan ini dijadikan Muzium Warisan Lipis sehingga sekarang.

             suksuk2

Rumah Rehat Bukit Residen(1922)

Dibina pada tahun 1922 sebagai rumah kediaman Residen Inggeris.Penghuni pertama bangunan ini ialah Hugh Clifford, ‘Superintendent of Ulu Pahang’.Selepas beliau, Residen-residen Inggeris terus menduduki bangunan ini sehingga tercetus perang dunia kedua pada tahun 1942 hingga 1945.

Pada tahun 1958 hingga tahun 1965 bangunan ini dijadikan sebagai Asrama Murid-Murid Lelaki Sekolah Clifford.Rumah ini terbiar kosong sehingga ke tahun 1983 sebelum dijadikan Rumah Rehat Kerajaan setelah Asrama Bukit Residen ini telah ditutup pada 31 Disember 1965.

Terdapat sebuah tangga di rumah rehat ini.Di bawah tangga tersebut terletaknya sebuah terowong dianggarkan 15 kaki panjang sebagai tempat perlindungan dari serangan bom.

Pada 1 Disember 1985, Sudut Muzium Lipis telah diwujudkan disini untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Lipis.

  b.resident b.resident2 b.resident