MENU

Masjid Negeri (Madrasathul Firdaus)(1888)

Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan.Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan.

Menurut cerita orang tua, salah satu keistimewaaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda,

Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar.

masjid

 

Tokong Thean Hou(1898)

Dibina oleh penganut-penganut Buddha di Lipis pada tahun 1898 yang diketuai oleh Kapitan dari keturunan Ong.Berhala yang berada di dalam tokong ini telah dibawa dari negara China.Di dalam tokong ini juga terdapat sebuah batu yang diukir mengenai sejarah tokong Thean Hou.

Pada tahun 1926, banjir besar telah berlaku mengakibatkan sebahagian daripada tokong ini rosak teruk. Oleh kerana itu, tokong ini telah dibina semula menggunakan struktur konkrit dan dipantau oleh penguasa tempatan pada ketika itu.

          tokongcina

 

Pahang Club(1907)

Bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan ‘Suprintendent’ Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.

Apabila Residen berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab tersebut ini telah didiami oleh Inspektor Polis British hingga tahun 1926. Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan kemudiannya Kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai kelab Khas untuk pegawai-pegawai tinggi British sahaja. 

Pada tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan Pegawai Tinggi Kerajaan sahaja.  Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-orang tempatan tidak mengira kaum. 

            pahangclub pahangclub2