MENU

Asrama Jururawat(1926)

Dibina pada tahun 1926 dan dijadikan tempat tinggal untuk jururawat dan jururawat pelatih di Hospital Lipis.Struktur asalnya tidak mempunyai pagar dan kawasan sekeliling bangunan adalah lapang.

Pada zaman penjajahan Jepun, bangunan ini tidak diganggu kerana fungsinya sebagai sebahagian daripada komponen Hospital Lipis.Asrama ini telah menjalani beberapa perubahan melalui pengubahsuaian sehingga ke bentuk sekarang.

            asramajururawat asramajururawat2

Kediaman Pengawai Daerah(1929)

Rumah kediaman yang terletak di atas tapak kubu Orang Kaya Haji Wan Daud ini siap pada tahun 1929. Tapak pembinaan rumah ini pada mulanya menempatkan kediaman W.C.Michell iaitu pentadbir dan juga pembantu kepada Hugh Clifford.Kawasan hadapan kediaman Pegawai Daerah menghadap Sungai Jelai merupakan kawasan strategik mengawal pergerakan pengangkutan sungai

Ketika banjir besar berlaku, rumah ini telah musnah.  Oleh itu, pihak British telah membangunkan semula rumah tersebut dan inilah bangunan yang kekal hingga ke hari ini. Rumah ini kemudiannya dijadikan kediaman bagi pegawai-pegawai tinggi British iaitu Pegawai Jajahan. 

Pegawai Jajahan Melayu pertama yang menduduki rumah ini ialah Mohd Taib bin Andak yang sekarang ini telah bergelar Tan Sri.Hingga ke hari ini rumah tersebut kekal sebagai Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Lipis.

            kediamanpengawaidaerahkediamanpengawaidaerah2

Perlombongan Emas Penjom

Merupakan lombong emas yang terbesar di Asia Tenggara.Dahulu Ibu Pejabat di London.Pengeluaran 100-200 Kilogram jongkong emas sebulan.Sekarang ianya diambil alih oleh syarikat daripada Indonesia.

        lombongemas   lombongemas2