MENU

Pejabat Pos(1910)

Dibina pada tahun 1910.Pada mulanya, pintu masuk ke pejabat pos ini menghadap ke Jalan Besar. Tetapi setelah banjir besar pada tahun 1971, pintu masuk utamanya telah diubah ke tempat di mana ia berada sekarang.

Bangunan ini telah menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah naiktaraf yang terbaru pada tahun 2002.  

           pejabatpos   pejabatpos2

 

Sekolah Menengah Clifford(1913)

Sekolah Menengah Clifford pada mulanya dikenali sebagai Government English School dan dimulakan pada tahun 1913.Perasmian sekolah ini telah dibuat dalam tahun 1929 oleh Sir Hugh Clifford, bekas British Resident Pahang.

Sekolah ini telah mencatatkan sejarah bagi sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu Pejabat  Kempeitai.  Sebuah bilik darjah dijadikan sebagai bilik tahanan.

Antara murid-murid terawal sekolah ini adalah KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah dan Yang Berhormat Dato' Sri Tan Sri Dr. Mohd Ghazali bin Shafie.

smkcsmkc2smkc3

Gurdwara Sahib(1916)

Dibina pada tahun 1916 semasa pemerintahan Inggeris.Ia telah dibina oleh masyarakat Sikh yang bertugas sebagai Polis Inggeris, pekerja-pekerja stesen keretapi dan askar-askar Inggeris.

Terdapat tiang bendera di Gurdwara Sahib.Tiang Bendera Neshan Sahib dibina pada awal tahun 1916 menandakan di situ terdapat sebuah Gurdwara Sahib. Bendera di situ ditukar pada setiap tahun iaitu pada hari Vasakhi yang biasanya jatuh pada 14 April dan ianya berwarna kuning (daulat).

Walaupun pada masa sekarang jumlah masyarakat Sikh semakin berkurangan di Lipis, namun bangunan ini masih berdiri untuk menjadi bukti sejarah penempatan pertama masyarakat tersebut di pekan ini.

  kuil  kuil2  kuil3