MENU

Sungaiyu & Ecoviaduct

Sungai Yu dan Eco Viaduct merupakan salah satu kawasan menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Merapoh dimana jaraknya adalah lebih kurang 10 hingga 15 kilometer sahaja.  Sungai Yu merupakan kawasan yang menarik kerana mempunyai kawasan rekreasi dan sungai yang airnya sejuk dan jernih. Hal ini telah menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Sungai Yu. Selepas Lebuhraya Central Spine Road yang menghubungkan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dibina, wujud pula Eco Viaduct di kawasan Sungai Yu tersebut,

Eco Viaduct merupakan jambatan bagi hidupan liar melintas. Eco Viaduct Sungai Yu bukanlah jambatan hidupan liar yang pertama di Malaysia tetapi ia adalah jambatan hidupan liar yang terpanjang di Malaysia iaitu 927 meter. Eco Viaduct dibina bagi mengurangkan ancaman terhadap habitat asal bagi hidupan liar dan dapat mengurangkan risiko haiwan liar mati dilanggar oleh kenderaan. Walaupun pembinaan Eco Viaduct tersebut hanya untuk mengurangkan ancaman kepada hidupan liar, namun ia adalah sebuah kawasan yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai pemandangan yang begitu indah.

 sungaiyusungaiyu2sungaiyu3

 

Lubuk Beriang

Pusat Rekreasi Lubuk Beriang ini terletak di Kechau Tui kira-kira 28.6km dari bandar Kuala Lipis dan mengambil masa lebih kurang 26 minit untuk sampai ke destinasi. Pusat rekreasi ini mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan seperti berakit, memancing dan berkelah. Kejernihan air  di pusat rekreasi ini membuatkan aktiviti mandi manda menjadi aktiviti yang paling utama untuk pelancong yang datang melancong ke tempat ini.

l.beriangl.beriang2l.beriang2

 

Lata Orik

Lata Orik terletak dia Felda Kechau 7 iaitu 5.8 km memandu bersamaan 7 minit dari Bandar Kuala Lipis. Lata ini mempunyai kejernihan air dan suasana yang tenang untuk para pelancong menikmati keindahan alam. Lata ini amat sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana mempunyai aras air yang tidak terlalu dalam dan amat sesuai untuk pelancong yang mempunyai anak anak kecil.

l.orikl.orik2l.orik3