MENU

Bukit Jenderus

Lokasi terletak di Kampung Redan dengan jarak 38.9km dari Bandar Kuala Lipis melalui Jalan Kuala Lipis-Jerantut.Kampung Redan ini terletak di dalam kawasan Mela,Mukim,Cheka.Ianya terletak di dalam Hutan Lipur Som.

Aktiviti perlancongan di kawasan ini ialah aktiviti mendaki Bukit Redan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak bukit.Pemandangan daerah Jerantut dan Lipis dapat dilihat dari puncak bukit ini.

Terdapat pelbagai jenis pokok-pokok hutan dan tumbuhan liar serta spesies fauna yang dapat ditemui.

b.jenderusb.jenderus2b.jenderus3

 

Taman Negara,Sungai Relau

Taman Negara Sungai Relau, Merapoh merupakan salah satu  destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia yang mana ia juga merupakan lokasi permulaan pendakian ke gunung Tahan selain dari Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.Taman Negara  Sungai Relau ini mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah iaitu sejenis ikan popular yang mana harga seekor ikan boleh mencecah ratusan ringgit. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.

tmn.negaratmn.negara2tmn.negara3